A-Z Tentang Solat

Kursus ini membincangkan bab-bab solat & bersuci dengan lebih mendalam lagi, menggunakan buku 'A-Z Tentang Solat' oleh Dr. Nik, terbitan Galeri Ilmu.

Sinopsis Kursus

Ibadah solat adalah TIANG agama. Apabila ia runtuh maka runtuhlah agama. Ia juga adalah amalan yang pertama akan dihisab di akhirat kelak.
Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya amalan yang mula-mula dihisab (diperhitungkan) daripada seorang hamba pada hari kiamat ialah solat…” (Hadis Shahih-Riwayat Abu Daud)
Antara fungsi solat juga ialah ia dapat mencegah pelakunya dari melakukan perkara-perkara yang keji dan mungkar.
Allah Ta’ala berfirman,
إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ
“Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar.” (QS. Al ‘Ankabut: 45).
Oleh kerana solat juga dikaitkan dengan pencegahan untuk seorang Islam dari melakukan kemaksiatan dan dosa, maka sewajarnya kita mempelajari untuk lebih meningkatkan mutu solat kita dengan melakukan solat dengan cara yang lebih sempurna sesuai dengan tunjuk ajar dari Rasulullah ﷺ.
Maka itu, kursus ini memberi peluang yang intensif kepada masyarakat Islam untuk mendalami ibadah solat, menghalusi perbuatannya serta menghayatinya di dalam kehidupan kita.
Antara topik-topik yang akan dipelajari ialah:
Thoharoh (Bersuci):
    1. Bahagian-bahagian air dan kepentingan untuk memahami setiap bahagian darinya

    1. Jenis-jenis dan bahagian najis dan kepentingan untuk mengetahuinya

    1. Cara menyuci dan menghilangkan najis. Adakah dengan semudah menghilangkannya sahaja?

    1. Najis-najis yang dimaafkan

    1. Istinjak dan adab-adabnya

    1. Benda-benda yang boleh dan tidak boleh digunakan untuk istinjak

    1. Pembahagian hadas dan pengertiannya

    1. Wudhuk – rukun-rukun dan sunat-sunat wudhuk

    1. Cara mengangkat wudhuk – Praktikal wudhuk oleh guru

    1. Syarat-syarat wajib dan syarat-syarat sah wudhuk

    1. Pengertian khuf dan cara-cara untuk melaksanakannya

    1. Belat dan barut – Cara mengangkat wudhuk atau mandi hadas apabila ada belat dan barut

    1. Mandi hadas – syarat-syarat sah serta sunat-sunatnya

    1. Mandi hadas – perkara-perkara yang mengakibatkan wajib mandi dan perkara-perkara yang tidak mewajibkan mandi

    1. Tayammum – pengertian, sebab-sebab dibenarkan tayammum, rukun, syarat-syarat sah, sunat-sunat, dan perkara-perkara yang membatalkan tayammum

    1. Cara bertayammum

Solat:
    1. Pengertian, hikmah & kepentingan solat

    1. Waktu-waktu solat fardhu dan waktu-waktu ditegah solat.

    1. Syarat-syarat wajib solat

    1. Rukun-rukun solat serta syarat-syarat sahnya

    1. Perbetulkan Bacaan Surah Al-Fatihah Bersama Guru

    1. Sunat-sunat di dalam solat

    1. Perbezaan di antara rukun dan sunat di dalam solat

    1. Perbezaan pembahagian di antara sunat-sunat di dalam solat

    1. Perkara-perkara yang makruh di dalam solat

    1. Perbezaan di antara lelaki dan perempuan di dalam solat

    1. Perkara-perkara yang membatalkan solat

    1. Sujud sahwi dan sujud tilawah – sebab-sebab dan cara-caranya

    1. Permasalahan Tentang Qadha (Mengulangi) Solat

    1. Khusyuk di dalam solat – cara-cara untuk mencapainya

    1. Isu-isu kontemporari


dan lain-lain lagi…

Buku yang digunakan ialah A-Z Tentang Solat, terbitan Galeri Ilmu. Buku ini tidak termasuk dalam yuran kursus ini tetapi boleh dibeli e-bukunya melalui online.
image

Cebisan Video Kursus

Bebas Bertanya Soalan atau Kemusykilan

question
Antara yang menarik dalam portal ini ialah anda bebas untuk bertanya soalan atau kemusykilan agama berkaitan dengan topik perbincangan. Anda akan mendapatkan jawapannya dalam learning portal ini juga, insha-Allah.

e-Sijil Penyertaan

question
Apabila anda telah menyelesaikan keseluruhan kursus ini, anda akan diberikan e-sijil penyertaan sebagai suatu bentuk pengakuan dan pengesahan bahawa anda telah berjaya menamatkan kursus ini secara keseluruhannya.

Kandungan Kursus

No chapter found in this course

title

Info Kursus

32 lessons
23.5 hours of video content

Option 1: Enrol In This Course Only

  • Self-paced learning

  • E-Certificate provided upon completion of the course (hardcopy can be requested at an additional small fee)

Option 2: Unlock Full Membership Benefits By Contributing Infaq of Just $1/day

  • Access to all other available courses on this learning portal

  • Self-paced learning

  • E-Certificate provided upon completion of each course (hardcopy can be requested at an additional small fee)

  • Participate in discussion forums for questions and answers from students’ queries

  • Gain access to your membership account for as long as your Infaq subscription remains active

Al-Hadi Academy, 228 Changi Rd, #B1-23, Icon@Changi, Singapore 419741