Sipnosis Kursus

Biasa keluar negera untuk keperluan dan hajat tertentu?

Samada untuk tujuan kerja, ziarah, ibadah, makan angin dan lain-lain lagi (asalkan bukan dalam perkara-perkara maksiat), Islam membenarkan kita untuk melakukan solat jama’ dan qashar sebagai satu keringanan untuk memudahkan perjalanan kita.

Namun begitu, antara syarat-syarat yang membolehkan kita berbuat demikian ialah perlu ada ilmu untuk melaksanakan solat jama’ dan qashar tersebut.

InshaAllah, Kursus Fiqh Musafir ini akan memberikan panduan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan tersebut, berpandukan kepada mazhab resmi yang diamalkan oleh majoriti umat Islam di Singapura, iaitu Mazhab Asy-Syafie. Di antara topik-topik yang dibincangkan ialah:

  • Apakah itu solat Jamak & Qashar?
  • Bilakah solat Jamak & Qashar dibenarkan?
  • Apakah perbezaan di antara keduanya?
  • Apakah konsep rukhsah?
  • Apakah syarat status musafir?
  • Apakah syarat-syarat yang perlu ada bagi kedua-dua jenis solat tersebut?
  • Beberapa senario & contoh untuk menentukan samada dibolehkan bagi seseorang itu jamak atau qashar
  • Golongan yang hendak melakukan maksiat tidak dibenarkan untuk mendapat keringanan ini. Siapakan mereka? Kalau seseorang tidak niat untuk melakukan maksiat tetapi secara kebetulan melakukan maksiat di dalam perjalanan. Macam mana hukumnya?
  • Bagaimana pula bagi mereka yang bertaubat di pertengahan jalan? Macam mana nak tahu samada boleh ataupun tidak boleh ambil keringanan ini?
  • Cara perlaksanaan solat-solat sunnat sewaktu musafir.
  • Cara perlaksanaan solat qadha sewaktu musafir dan juga yang waktu bukan musafir, untuk solat-solat yang ditinggalkan sewaktu musafir dan sewaktu bukan musafir.
  • Solat jumaat ketika musafir. Adakah gugur kewajipannya?
  • Cara melakukan solat fardhu atau sunnat di dalam kenderaan.
  • Cara perlaksanaan solat berjemaah secara jamak & qashar. Bagaimana pula kalau imam atau makmum berbeza status? (musafir atau mukim) Bagaimana pula kalau tidak tahu status imam itu bila kita nak ikut solat berjemaah?
  • Puasa ketika musafir
  • Senario-senario dan contoh-contoh untuk lebih memahami bab ini…

dan lain-lain lagi inshaAllah….

Course Content

    1. Pendahuluan - Cara Menggunakan Sistem Ini

    2. Fiqh Musafir - Sesi 1

    3. Solat Lanjutan eBook (Right Click Here and Open In A New Tab/Window)

    1. Fiqh Musafir - Sesi 2

    1. Fiqh Musafir - Sesi 3

    1. Fiqh Musafir - Sesi 4

About this course

  • 6 lessons
  • 6.5 hours of video content

Reviews From Past Students

"Alhamdulillah, all praises be to Allah..."

“A great course for those who like to travel. It helps me a lot while I'm on holiday just after the course I attended. I have a better understanding from this course as it covers fully about being a "Musafir" Great job Ustaz”

Past Student

“Alhamdullillah. Penjelasan Ustaz mengenai kursus Fiqh Musafir sangat terang dan jelas”

Past Student

“Sangat berguna dan penuh informasi. Juga banyak contoh2 dan tips utk kita terus beribadat semasa melancong. Tkasih”

Past Student

“Alhamdulillah, setelah menghadiri kursus fiqh musafir banyak keraguan & soalan yg ada selama ini telah di jawab dengan jelas oleh Ustaz Zaim.Sekarang bila saya perlu bermusafir saya melaksanakan solat musafir tanpa ragu2”

Past Student

“Very informative and current with real life examples that every traveler requires by Ustaz. Appreciate the effort taken to explain every example in a clear and concise manner”

Past Student

Enroll in 'Full Membership' Level To Gain Access

Click the button below to get started