Sipnosis Kursus

Antara topik-topik yang akan dipelajari ialah:

* Keutamaan solat berjemaah

* Hukum wanita solat berjemaah. Adakah benar kaum wanita lebih elok solat di rumah mereka? Mana lebih afdhal: Suami isteri solat berjemaah di rumah atau suami solat di masjid tetapi isteri solat sendirian di rumah?

* Susunan golongan yang lebih layak untuk menjadi imam solat. Adakah benar yang lebih fasih membaca Quran semata-mata adalah yang paling layak? Atau terdapat golongan lain?


* Cara susunan saf solat berjemaah:

i) Imam lelaki dan seorang makmum lelaki.

ii) Imam lelaki dan dua atau lebih makmum lelaki

iii) Imam lelaki dan seorang makmum wanita. Adakah benar isteri berada di kiri atau kanan belakang suaminya?

iv) Imam lelaki, seorang makmum lelaki dan seorang makmum wanita

v) Imam lelaki dan beberapa makmum wanita sahaja; adakah ini dibenarkan? Apakah hukumnya?

vi) Imam wanita dan seorang makmum wanita

vii) Imam wanita dan beberapa makmum wanita


* Cara menyusun semula saf jika makmum masbuk datang

* Cara menyusun semula saf jika ada makmum yang keluar dari saf solat berjemaah

* Cara menjadikan seorang yang solat bersendirian itu menjadi imam. Adakah dengan menepuk bahunya atau sekadar bertakbir secara kuat sedikit tanpa menepuk bahunya? Jika menepuk, adakah menepuk sebelum atau selepas takbir?

* Bagaimana jika imam tidak berniat sebagai imam namun makmum berniat sebagai makmum? Apakah status solat berjemaah tersebut?

* Adakah benar cara merapatkan saf adalah dengan menempel kaki sendiri dengan kaki makmum yang bersebelahan, sepertimana yang dilakukan oleh sebahagian orang zaman sekarang? Dengan cara mengangkang kaki: adakah ini yang diajar?

* Bolehkah imam itu seorang kanak-kanak yang belum baligh?

* Syarat-syarat makmum mengikuti imam:

i) Jika berdirinya makmum dengan keadaan jari kakinya berada di depan jari kaki imam, adakah solat itu sah? Apakah yang dimaksudkan bahawa kedudukan makmum mesti di belakang imam?

ii) Makmum tidak sempat selesaikan bacaan Fatihahnya namum imam sudah pun rukuk. Apakah yang harus dilakukan oleh makmum? Terus rukuk atau selesaikan bacaan Fatihahnya? -- (Ada beberapa keadaan yang berbeza dengan jawapan yang berbeza)

iii) Bilakah solat makmum itu dikira terbatal jika dia mendahului imam atau terlambat mengikuti pergerakan imam?


iv) Setelah solat tiga rakaat bersama imam, makmum baru sedar bahawa beliau tidak membaca Surah Al-Fatihah pada rakaat pertama. Apakah yang harus dia lakukan?

v) Ketika solat berjemaah, sound system masjid rosak. Makmum (terutama wanita) tidak lagi tahu perpindahan rukun imam. Apakah yang harus dilakukan oleh makmum tersebut?

vi) Makmum yang sedang berada di dalam masjid tidak mengisi saf solat. Beliau solat bersendirian di belakang tetapi niatnya ialah mengikuti imam. Bagaimana status solatnya?

vii) Bolehkan seorang makmum mengikuti solat imam yang berbeza jenis solatnya? (Contoh: makmum solat Zohor sedangkan Imam sedang solat Asar)

viii) Seorang makmum perasan bahawa terdapat koyak pada kain imam dan terlihat auratnya, sedangkan makmum yang lain tidak perasan. Apakah yang harus dilakukan oleh makmum tersebut?

ix) Imam terkentut ketika solat namun dia teruskan juga solat. Setelah memberi salam, imam beritahu kepada makmum bahawa beliau sebenarnya terbatal solatnya tadi. Apakah yang harus dilakukan oleh imam dan para makmum?

x) Bacaan Quran imam tersebut sangat lemah dan banyak kesilapan-kesilapan besar dari sudut tajwid. Apakah status solat berjemaah tersebut?


* Imam terbatal solatnya. Apakah yang harus dilakukan oleh beliau?

* Adakah wajib bagi makmum membaca surah Al-Fatihah di belakang imam? Bilakah sepatutnya makmum membaca Al-Fatihahnya? Jika makmum membaca Fatihah bersama-sama dengan bacaan Fatihah imam, apakah bacaan makmum itu dianggap sah?

* Makmum khayal dan tidak membaca Fatihah. Ketika imam hendak rukuk, barulah beliau teringat. Apakah yang harus dilakukan oleh makmum?

* Jika makmum terlupa membaca Al-Fatihah tetapi beliau sudah sujud, kemudian barulah beliau teringat, apakah yang harus dilakukan olehnya? Jika solat sendirian atau berjemaah berlaku perkara tersebut?

* Bagaimakah cara makmum masbuq masuk ke dalam solat berjemaah? Ada banyak keadaan dan situasi yang berbeza. Dan adakah disunatkan bagi makmum untuk doa qunut lagi bagi solat Subuh sedangkan dia sudah berqunut dengan imam pada rakaat pertama makmum? Bagaimanakah cara makmum masbuq menyempurkan kekurangan solatnya?

dan banyak lagi....

Course Content

    1. Pendahuluan - Cara Menggunakan Sistem Ini

    2. Fiqh Solat Berjemaah - Sesi 1

    3. Solat Lanjutan eBook (Right-Click & Open In A New Tab/Window)

    1. Fiqh Solat Berjemaah - Sesi 2

    1. Fiqh Solat Berjemaah - Sesi 3

    1. Fiqh Solat Berjemaah - Sesi 4

About this course

  • 6 lessons
  • 6.5 hours of video content

Enroll in 'Full Membership' Level To Gain Access

Click the button below to get started