Menghalusi Solat & Bersuci

Kursus Menghalusi Solat & Bersuci untuk dewasa lelaki dan perempuan ini memberi peluang yang intensif kepada masyarakat Islam untuk mendalami ibadah solat dan menghalusi perbuatannya (Bab Bersuci + Solat).

Sinopsis Kursus

Ibadah solat adalah TIANG agama. Apabila ia runtuh maka runtuhlah agama. Ia juga adalah amalan yang pertama akan dihisab di akhirat kelak.
Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya amalan yang mula-mula dihisab (diperhitungkan) daripada seorang hamba pada hari kiamat ialah solat…” (Hadis Shahih-Riwayat Abu Daud)
Antara fungsi solat juga ialah ia dapat mencegah pelakunya dari melakukan perkara-perkara yang keji dan mungkar.
Allah Ta’ala berfirman,
إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ
“Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar.” (QS. Al ‘Ankabut: 45).
Oleh kerana solat juga dikaitkan dengan pencegahan untuk seorang Islam dari melakukan kemaksiatan dan dosa, maka sewajarnya kita mempelajari untuk lebih meningkatkan mutu solat kita dengan melakukan solat dengan cara yang lebih sempurna sesuai dengan tunjuk ajar dari Rasulullah ﷺ.
Maka itu, Kursus Menghalusi Solat untuk dewasa lelaki dan perempuan ini memberi peluang yang intensif kepada masyarakat Islam untuk mendalami ibadah solat, menghalusi perbuatannya serta menghayatinya di dalam kehidupan kita.
Antara topik-topik yang akan dipelajari ialah:
Thoharoh (Bersuci):
  • Bahagian-bahagian air dan kepentingan untuk memahami setiap bahagian darinya

  • Jenis-jenis dan bahagian najis dan kepentingan untuk mengetahuinya

  • Cara menyuci dan menghilangkan najis. Adakah dengan semudah menghilangkannya sahaja?

  • Najis-najis yang dimaafkan

  • Istinjak dan adab-adabnya

  • Benda-benda yang boleh dan tidak boleh digunakan untuk istinjak

  • Wudhuk – rukun-rukun dan sunat-sunat wudhuk

  • Cara mengangkat wudhuk – Praktikal wudhuk oleh guru

  • Syarat-syarat wajib dan syarat-syarat sah wudhuk

  • Pengertian khuf dan cara-cara untuk melaksanakannya

  • Belat dan barut – Cara mengangkat wudhuk atau mandi hadas apabila ada belat dan barut

  • Mandi hadas – syarat-syarat sah serta sunat-sunatnya

  • Mandi hadas – perkara-perkara yang mengakibatkan wajib mandi dan perkara-perkara yang tidak mewajibkan mandi

  • Tayammum – pengertian, sebab-sebab dibenarkan tayammum, rukun, syarat-syarat sah, sunat-sunat, dan perkara-perkara yang membatalkan tayammum

  • Cara bertayammum

Solat:
  • Pengertian, hikmah & kepentingan solat

  • Waktu-waktu solat fardhu dan waktu-waktu ditegah solat.

  • Syarat-syarat wajib solat

  • Rukun-rukun solat serta syarat-syarat sahnya

  • Perbetulkan Bacaan Surah Al-Fatihah Bersama Guru

  • Sunat-sunat di dalam solat

  • Perbezaan di antara rukun dan sunat di dalam solat

  • Perbezaan pembahagian di antara sunat-sunat di dalam solat

  • Perkara-perkara yang makruh di dalam solat

  • Perbezaan di antara lelaki dan perempuan di dalam solat

  • Perkara-perkara yang membatalkan solat

  • Sujud sahwi dan sujud tilawah – sebab-sebab dan cara-caranya

  • Permasalahan Tentang Qadha (Mengulangi) Solat

  • Khusyuk di dalam solat – cara-cara untuk mencapainya

  • Isu-isu kontemporer

dan lain-lain lagi…

Maklum Balas Daripada Peserta-Peserta Lepas

“Kursus yang rengkas tapi padat dengan penyampaian dari Ustaz Zae’im yang bersahaja dan senang difahami. Terima kasih ustaz. Kursus ini benar2 memberi banyak pengetahuan dan sungguh bermanfaat.” “First time attend kursus tentang menghalusi solat dan ia tidak mengecewakan. Byk ilmu yg telah dapat saya raih.” “Sangat bermanfaat untuk para ped Ustaz Na’em dapat menarik perhatian peserta sewaktu kursus dan sesi soal jawab banyak memberi pengetahuan am yang relevan.” “Uztas yg mengajar memang bagus sekali!Saya dpt memahami dgn jelas apa Uztas ajar. :)” “Ajarannya terperinci dan mudah untuk difahami.” “Kursus yg informative dan comprehensive. Ustaz yg bertauliah dan sentiasa menjawab segala soalan dgn ikhlas walaupun soalan di luar topik.” “Kursus yang padat dengan ilmu, penerangan yang jelas dan mudah difahami. Ia memberi keyakinan dan pengesahan dan menhilangkan keraguan tentang amalan yg benar mengikut kehendak syarak. Tentukan kita mahu amalan kita diterima Allah. Terima kasih.” “Alhamdullilah saya dah blh solat dgn lebih sempurna dan yakin. Terima kasih Ustaz” “Ustaz yang experienced, alhamdulillah dan membuat kursus ini menarik dan keinginan untuk mempelajari dengan lagi dalam. Syabas!” “Padat dan menepati modul”

Cebisan Video Kursus

Bebas Bertanya Soalan atau Kemusykilan

question
Antara yang menarik dalam portal ini ialah anda bebas untuk bertanya soalan atau kemusykilan agama berkaitan dengan topik perbincangan. Anda akan mendapatkan jawapannya dalam learning portal ini juga, insha-Allah.

e-Sijil Penyertaan

question
Apabila anda telah menyelesaikan keseluruhan kursus ini, anda akan diberikan e-sijil penyertaan sebagai suatu bentuk pengakuan dan pengesahan bahawa anda telah berjaya menamatkan kursus ini secara keseluruhannya.

Kandungan Kursus

No chapter found in this course

title

Info Kursus

16 lessons
24 hours of video content
e-Book included

Option 1: Enrol In This Course Only

  • Self-paced learning

  • E-Certificate provided upon completion of the course (hardcopy can be requested at an additional small fee)

Option 2: Unlock Full Membership Benefits By Contributing Infaq of Just $1/day

  • Access to all other available courses on this learning portal

  • Self-paced learning

  • E-Certificate provided upon completion of each course (hardcopy can be requested at an additional small fee)

  • Participate in discussion forums for questions and answers from students’ queries

  • Gain access to your membership account for as long as your Infaq subscription remains active

Al-Hadi Academy, 228 Changi Rd, #B1-23, Icon@Changi, Singapore 419741