Akhlak & Penyucian Jiwa

– Erti akhlak & penyucian jiwa (tazkiyyatun nafs) – Kewajipan menjaga anggota badan dari perkara-perkara haram – Penyakit-penyakit hati – mengenal & cara mengubatinya – Mengenali sifat-sifat mazmumah & mahmudah – Cara mengaplikasikannya dlm kehidupan

Sinopsis Kursus

Maksud Firman Allah subhanahuwa ta’aala:
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya” (Surah Ays-Syams: 9-10)
Maksud Hadith:
“Ingatlah bahawa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Jika ia rusak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung)” (HR Bukhari & Muslim)
Secara ringkas, kursus ini akan membincangkan mengenai:
  • Erti akhlak & penyucian jiwa (tazkiyyatun nafs)

  • Kewajipan menjaga anggota badan dari perkara-perkara haram

  • Penyakit-penyakit hati – mengenal & cara mengubatinya

  • Mengenali sifat-sifat mazmumah & mahmudah

  • Cara mengaplikasikan akhlak & penyucian jiwa di dalam konteks semasa

  • Fitnah media sosial: Apa, kenapa & bagaimana?

  • Mengapa penting untuk berakhlak dan menyucikan jiwa kita?

  • Apakah ada dalil-dalil yang menunjukkan ke arah perintah tersebut?

  • Keperluan menjaga 7 anggota badan dari melakukan perkara-perkara yang haram

  • Mengenalpasti sifat-sifat tercela seperti hasad, tamak, melaknat, mencerca, berbohong, mengumpat, buruk sangka, dan lain-lain lagi

  • Apakah kaitannya dengan kehidupan zaman sekarang? Apakah contoh-contoh yang boleh diambil ketika bersama rakan sekerja, bersama keluarga, bersama suami isteri, bersama jiran, dan lain-lain lagi?

  • Berbohong merupakan dosa besar

  • Berbohong yang lebih teruk adalah berdusta di atas Nabi, dan juga atas para ‘alim ulama

  • Berbohong apa yang dibenarkan? Apakah contoh-contohnya? Apakah silap faham di dalam memahami pengecualian ini?

  • Bahaya mengumpat dan berburuk sangka

  • Contoh-contoh mengumpat samada secara lisan, tulisan ataupun isyarat pergerakan badan

  • Bilakah dibenarkan mengumpat dan apakah batas-batasannya?

  • Apakah silap faham di dalam pengecualian mengumpat?

dan lain-lain lagi…
Secara purata, pembersihan jiwa mempunyai dua proses;
  • 1) Mengosongkan dan membuangkan segala sifat buruk seperti riya’, ‘ujub, sum’ah, hasad, buruk sangka, mengumpat, mencerca, mengkeji, melaknat, sombong, dan lain-lain lagi

  • 2) Menghiasi diri dengan sifat mulia seperti tawadhu’, sabar, mengingati mati, bersyukur, redha, zuhud, dan lain-lain lagi

Buku yang digunakan dalam kursus ini ialah: Penawar Bagi Hati, oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili, Terbitan PTS. Buku ini tidak termasuk dalam kos yuran kursus ini tetapi ianya boleh dibeli secara online.
book-cover

Cebisan Video Kursus

Bebas Bertanya Soalan atau Kemusykilan

question
Antara yang menarik dalam portal ini ialah anda bebas untuk bertanya soalan atau kemusykilan agama berkaitan dengan topik perbincangan. Anda akan mendapatkan jawapannya dalam learning portal ini juga, insha-Allah.

e-Sijil Penyertaan

question
Apabila anda telah menyelesaikan keseluruhan kursus ini, anda akan diberikan e-sijil penyertaan sebagai suatu bentuk pengakuan dan pengesahan bahawa anda telah berjaya menamatkan kursus ini secara keseluruhannya.

Kandungan Kursus

No chapter found in this course

title

Info Kursus

27 lessons
34.5 hours of video content
Book not included. Can be bought separately

Support Us With a Daily Infaq of Just $1/Day and Unlock Full Membership Benefits

  • Access to all other available courses on this learning portal

  • Self-paced learning

  • E-Certificate provided upon completion of each course (hardcopy can be requested at an additional small fee)

  • Participate in discussion forums for questions and answers from students’ queries

  • Gain access to your membership account for as long as your Infaq subscription remains active

Al-Hadi Academy, 228 Changi Rd, #B1-23, Icon@Changi, Singapore 419741