Kursus Asas Agama Dewasa (Fardhu 'Ain)

Kursus ini mengenalkan asas Islam melalui pengajian Aqidah, Fiqh, Akhlak dan Asas al-Quran. Ia sangat sesuai untuk penuntut dewasa yang tidak pernah melalui pengajian formal. Subjek: Aqidah, Fiqh, Akhlak dan Asas Quran (rakaman).

Sinopsis Kursus

Kursus ini adalah untuk lelaki & wanita dewasa. Para peserta akan mempelajari ilmu-ilmu asas yang wajib diketahui oleh setiap orang Islam yang mukallaf, iaitu ilmu Tauhid, Fiqih & Akhlak.
Sangat sesuai untuk sesiapa yang:
  • Baru ingin kembali kepada Islam dan mengamalkannya

  • Ingin mengulangkaji semula ilmu-ilmu yang berkaitan dengan fardhu' ain (Tauhid, Fiqih & Akhlak) sebagai 'Refresher Course'

  • Ingin mempelajarinya di dalam suasana pembelajaran yang interaktif dan berstruktur secara kelas

Apa yang akan dipelajari:
1) Asas Tauhid/Aqidah
  • Mengenal Allah & Rasul

  • Kepentingan Konsep Syahadah - Makna, konsep, fardhu & syarat sah

  • Memahami dan menghayati Rukun Iman & Rukun Islam

  • Ketinggian Ihsan

dan lain-lain lagi...

2) Asas Fiqih
  • Bersuci (Toharoh) - Istinjak, mandi hadas, wuduk, darah wanita, menghilangkan najis dan lain-lain..

  • Solat - Syarat sah solat serta rukun-rukun solat, perkara yang membatalkan solat, dan lain-lain...

  • Puasa - Mengenali puasa wajib dan sunat, rukun dan syarat sah puasa, dan lain-lain lagi...

  • Zakat - Mengenali jenis-jenis zakat, siapa yang wajib keluarkan zakat, bila wajib zakat dan ke mana zakat disalurkan dan lain-lain lagi...


3) Asas Akhlak
  • Sifat Mahmudah (Terpuji): Taubat, Takut akan Allah, Zuhud, Sabar, Syukur, Ikhlas & benar, Tawakal, Redha dengan Qadak Allah. Mengingati Mati, dan lain-lain lagi.

  • Sifat Mazmumah (Tercela): Gemar makan & minum, Banyak Bercakap, Marah, Hasad, Cinta Harta, Sombong, Riyak, Ujub dan lain-lain lagi.

  • Syariat dalam bermasyarakat: Adab bersahabat, berjiran, memberi salam dan bertanya khabar, dan lain-lain lagi...

Buku utama yang digunakan ialah 'Indahnya Hidup Bersyariat', terbitan Telaga Biru. Buku ini tidak termasuk dalam yuran kursus ini tetapi boleh dibeli melalui online.
book
Buku-buku lain terbitan Al-Hadi Academy juga digunakan dalam kursus ini dan boleh dimuat-turunkan oleh pelajar secara 'softcopy' (pdf).

Cebisan Video Kursus

Bebas Bertanya Soalan atau Kemusykilan

question
Antara yang menarik dalam portal ini ialah anda bebas untuk bertanya soalan atau kemusykilan agama berkaitan dengan topik perbincangan. Anda akan mendapatkan jawapannya dalam learning portal ini juga, insha-Allah.

e-Sijil Penyertaan

question
Apabila anda telah menyelesaikan keseluruhan kursus ini, anda akan diberikan e-sijil penyertaan sebagai suatu bentuk pengakuan dan pengesahan bahawa anda telah berjaya menamatkan kursus ini secara keseluruhannya.

Kandungan Kursus

No chapter found in this course

title

Info Kursus

83 lessons
89 hours of video content

Option 1: Enrol In This Course Only

  • Self-paced learning

  • E-Certificate provided upon completion of the course (hardcopy can be requested at an additional small fee)

Option 2: Unlock Full Membership Benefits By Contributing Infaq of Just $1/day

  • Access to all other available courses on this learning portal

  • Self-paced learning

  • E-Certificate provided upon completion of each course (hardcopy can be requested at an additional small fee)

  • Participate in discussion forums for questions and answers from students’ queries

  • Gain access to your membership account for as long as your Infaq subscription remains active

Al-Hadi Academy, 228 Changi Rd, #B1-23, Icon@Changi, Singapore 419741