Solat-Solat Sunat

Kursus ini akan membahaskan tentang solat-solat sunat pilihan. Melakukan solat sunat dapat mendekatkan diri kita kepada Allah, selepas kita melaksanakan amalan-amalan yang fardhu. Ia juga dapat menampal kekurangan yang terdapat pada solat fardhu kita

Sinopsis Kursus

Terdapat bermacam cara dalam mengabdikan diri dengan Sang Pencipta yang tidak pernah lalai apatah lagi berpaling dari hamba-hambanya, sentiasa memberi disaat waktu yang perlu, sama ada cepat ataupun lambat tergantung atas rahmatNya. Sepertimana yang diketahui antaranya dengan melakukan solat fardhu merupakan cara yang paling indah dalam berdialog denganNya. Ada beberapa solat-solat sunat yang dilazimi oleh Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam yang wajarnya diambil contoh serta dipraktikkan dalam kehidupan seharian, namun pada zaman ini ianya seakan dilupakan dan ditinggalkan.
Maksud Hadis:
"Sesungguhnya Allâh Azza wa Jalla berfirman, ’Barangsiapa memusuhi wali-Ku, sungguh Aku mengiystiharkan perang kepadanya. Tidaklah hamba-Ku mendekat diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada hal-hal yang Aku wajibkan kepadanya. Hamba-Ku tidak henti-henti mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadah-ibadah sunat hingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, Aku menjadi pendengarannya yang ia gunakan untuk mendengar, menjadi penglihatannya yang ia gunakan untuk melihat, menjadi tangannya yang ia gunakan untuk berbuat, dan menjadi kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Jika ia meminta kepada-Ku, Aku pasti memberinya. Dan jika ia meminta perlindungan kepadaku, Aku pasti melindunginya." (HR Bukhari)
Antara solat-solat sunat yang akan dipelajari di dalam kursus ini ialah:
  • Solat-solat Rawatib

  • Solat Isyraq

  • Solat Dhuha

  • Solat Awwabin

  • Solat Witir

  • Solat Wuduk

  • Solat Tahiyyatul Masjid

  • Solat Istikharah

  • Solat Taubat

  • Solat Musafir

  • Solat Mutlak

  • Solat Istisqa' (Minta Hujan)

  • Solat Gerhana

  • Solat Tarawih

  • Solat Hari Raya

Antara yang akan dikongsikan ialah:
  • Apakah takrif solat sunat / nawafil / tatawwu'?

  • Apakah jenis solat sunat yang ada?

  • Adakah dibenarkan solat sunat secara berjemaah?

  • Apakah waktu-waktu yang ditegah dari melakukan solat sunat di dalam konteks Singapura?

  • Kenapa kita digalakkan untuk mendirikan solat sunat?

  • Apakah fadhilat solat sunat?

  • Bilakah waktu bermula dan berakhirnya solat Dhuha mengikut konteks Singapura?

  • Apakah perbezaan di antara solat Iysraq & Dhuha?

  • Apa itu solat sunat Rawatib? Berapakah jumlah rakaatnya & bilakah ianya boleh didirikan?

  • Bolehkah seseorang yang banyak meninggalkan solat Fardhu yang lepas mendirikan solat sunat?

  • Apakah solat sunat yang sering didirikan dan bagaimanakah cara-cara untuk mendirikannya?

  • Bagaimanakah cara untuk mendirikan solat-solat seperti Rawatib, Dhuha, Iysraq, Hajat, Tahajjud, Witir, Tasbih, Mutlak, dua Hari Raya, Gerhana, Istisqa', Musafir, Qudum, dan lain-lain lagi?

Di samping itu, para peserta akan diajar juga cara-cara menerapkan dan mengaplikasikan aqidah Islamiyyah di dalam kehidupan seharian, seperti cara berhadapan dengan masalah rumahtangga, masalah anak-anak, masalah kesihatan, masalah kewangan, masalah pergaulan dengan sesama manusia dan lain-lain lagi..
Masalah di dalam dunia ini boleh ditangani atau dikawal melalui keimanan yang kukuh kepada Allah. Insha-Allah kursus ini akan dapat membantu seseorang untuk menguatkan keimanannya kepada Allah.
dan lain-lain lagi..

Cebisan Video Kursus

Bebas Bertanya Soalan atau Kemusykilan

question
Antara yang menarik dalam portal ini ialah anda bebas untuk bertanya soalan atau kemusykilan agama berkaitan dengan topik perbincangan. Anda akan mendapatkan jawapannya dalam learning portal ini juga, insha-Allah.

e-Sijil Penyertaan

question
Apabila anda telah menyelesaikan keseluruhan kursus ini, anda akan diberikan e-sijil penyertaan sebagai suatu bentuk pengakuan dan pengesahan bahawa anda telah berjaya menamatkan kursus ini secara keseluruhannya.

Kandungan Kursus

No chapter found in this course

title

Info Kursus

6 lessons
10 hours of video content
e-Book included

Option 1: Enrol In This Course Only

  • Self-paced learning

  • E-Certificate provided upon completion of the course (hardcopy can be requested at an additional small fee)

Option 2: Unlock Full Membership Benefits By Contributing Infaq of Just $1/day

  • Access to all other available courses on this learning portal

  • Self-paced learning

  • E-Certificate provided upon completion of each course (hardcopy can be requested at an additional small fee)

  • Participate in discussion forums for questions and answers from students’ queries

  • Gain access to your membership account for as long as your Infaq subscription remains active

Al-Hadi Academy, 228 Changi Rd, #B1-23, Icon@Changi, Singapore 419741